Fahami Risiko2 Dalam Saham. Risk Vs Reward

image credit to skillbasedfitness.com

Berdasarkan entry lepas kita dah sentuh tentang CDS dan kita basically dah citer sket apa itu saham. Saya nak kupas balik rumusan secara umum apabila anda beli saham anda membeli sebahagian dari sebuah syarikat dalam bentuk saham @paper asset. Sebagai pemegang saham sesuatu syarikat anda entitle pada dividend syarikat dan anda juga layak untuk attend annual general meeting syarikat untuk mengetahui secara lebih lanjut ke mana arah tuju syarikat serta perancangan masa depannya.

 

Ok hari ni saya nak bincang satu tajuk penting sebelum kita masuk lebih dalam topik saham ni. Saya nak sentuh tentang risk versus reward. Sebelum anda baca lebih lanjut, tanya pada diri anda, adakah anda seorang yang boleh telan kalo alami loss?? memang adat main saham kadang2 kita akan rugi sekali sekala apabila prediction atau analisis kita lari. Banyak faktor boleh menyumbang ke arah ini yang akan dibincangkan pada entry2 hadapan.

 

Jika anda jenis xboleh telan loss langsung maka saya suggest pelaburan saham bukan untuk anda. Ada alternatif lain bagi anda seperti ASB, ASN, Tabung Haji, Epf yang mempunyai kadar return per year yang hampir sama. Boleh kata compounded effect tuh anda boleh rasa pada investment2 saya baru sebut tadi.
Bagi mereka yang rasa boleh telan risiko untuk loss maka terus membaca. Ok main saham memang ada risiko untuk loose duit. Samada sikit, banyak atau kesemuanya bergantung pada pengalaman, dan paling beharga knowledge anda tentang saham. Memang adat pelaburan ada gain ada loss especially yang melibatkan fluctuation investment seperti equity(saham), unit trust, forex etc.
Dah banyak cerita kita dengar tentang orang burn sampai puluh2 ribu atau ratusan ribu atau juta pun ada. Ramai yang loose banyak ni create fear pada orang lain dengan memberi gambaran yang salah tentang pelaburan saham. Di sini saya nak tekan pada anda, main saham ni bukan tengok price je atau duk refer pada graph cari signal, main saham ni satu bidang yang kompleks dan meluas. Banyak faktor dan research perlu di buat sebelum start membeli sesuatu saham. Decision making tuh tak semudah tuh je.

 

Ini antara sebab kenapa orang boleh burn slowly capital
1. Beli saham follow orang lain. Tak tau pape pasal kaunter dia beli. Beli Jual ikut orang je. Orang cut lost dia pun ikut juga. Kerana kerap cut lost modal abes.
2. Beli saham yang xde fundamental langsung and purely based on graph. Bila setiap quarter company announce losses share jatuh gila2, jadi gelabah jual at lost. Proses repeat beberapa kali burn modal
3. Suka sangat main kaunter PN17. Kaunter yang memang sah2 problem dari awal. Mengharap keajaiban white knight utk selamatkan keadaan.
4. Kerap mengejar saham2 yang dah fly, konon2 nak tumpang ombak padahal ombak dah lama pergi. Dia duk follow belakang last2 sekali bila saham tuh reverse, sangkut kat high position dan bila terdesak terpaksa sell at lost.
5. Bila dah beli dan jual dapat untung, tiba2 saham naik lagi, so enter at higher position nak tumpang wave lagi. Ni kes tamak. Anda boleh nasib baik few times tapi not everytime.
6. Menggunakan margin(ini paling bahaya) boleh bankrupt. Duit ada banyak sekian, tapi beli lebih dari mampu(guna leverage yg diberi investment bank).

 

Banyak lagi contoh tapi ni yang famous.

 

 

Harus ingat bila involve investment selalu ada concept Risk Vs Gain/Reward/Loss. The higher the risk the higher the gain tapi jangan lupa juga boleh loss at same time.
Sebab tuh benda yang anda harus belajar ialah mitigate risk. Belajar untuk control risk dalam pelaburan anda. Macam mana nak buat ni? satu cara iaitu dengan menuntut ilmu. Jangan terjun direct, jangan follow orang buta2, belajar asas, cari maklumat, buat paper trade, kaji salah silap dalam paper trade, dengan ilmu Risk anda boleh di mitigate dan anda boleh mendapatkan pulangan yang anda inginkan.

 

Boleh follow kami di page facebook

Rookie Saham Gakuen FB page