Apa itu Saham?

image credit to picture quotes.com
image credit to picture quotes.com

Salam

Ramai orang duk citer pelaburan saham, beli saham, jual saham, untung dalam saham, rugi dalam saham, so apa bendanya sebenar saham ni? Saham ni macam beli jual barang ke? Sebelum melabur kita mesti mempunyai ilmu tentang product yang kita laburkan. Ramai orang mengambil langkah untuk menyerahkan wang mereka pada golongan professional untuk melabur bagi pihak mereka dan golongan pelabur ini xnak amik tahu langsung struktur,mekanisma serta risko pelaburan mereka. Hanya mengharap hujung tahun berapa percent? Bila x meet target atau kerugian mula menuduh jari sana sini.

 

Dalam pelaburan kita harus bertanggungjawab atas pelaburan sendiri. Dalam era IT yang berkembang zaman sekarang tiada alasan untuk mengatakan saya tak reti tak faham etc. Youtube is the best thing ever created when come to seeking knowledge.

 

So kat sini saya nak share dengan anda sebenarnya apa itu saham?

 

Bila anda beli saham apa yang anda beli sebenarnya? Bila cerita pasal saham ni sebenarnya pemilikan sebahagian sebuah syarikat yg listed dalam bentuk paper asset. Apabila anda beli saham, anda sebenarnya beli sebahagian pemilikan atau ownership syarikat (dalam bentuk %). Ini termasuk lah bisnes syarikat tersebut.

 

Saya amat suka quotation di atas. Bila anda nak beli saham, benda pertama anda patut fikir adalah jika anda ada banyak duit adakah anda akan beli seluruh syarikat ini. Adakah anda betul2 faham nature business dia? Adakah business dia mempunyai prospek? Apakah phase yang sedang di lalui oleh syarikat ini baru nak start, sedang membangun, atau sudah maju dan stabil? Persoalan2 ini anda perlu jawab terlebih dahulu

 

Ironinya kebanyakan orang yang melabur dalam saham, bukan saja tidak tanya perkara ini tetapi terus terjun sebab ikut orang lain. Apabila mereka alami kerugian mereka menyalahkan nasib malah ada sesetengah yang terus negatif serta jauhkan diri dari saham.

 

Sebagai seorang remisier, saya dah melihat banyak benda2 pelik dalam dunia saham. Contohnya saham yang syarikatnya baru isytiharkan result kewangan terbaru untuk quarter latest mengalami kerugian ratusan juta, namun masih ada yg tegar membeli saham ini. Jelas2 boleh lihat waktu syarikat ini tengah buat keuntungan pun nak cecah 10 juta pun susah, dan alami rugi ratusan juta, tapi orang tetap beli.

 

Ada juga kes, warrant nak expire lagi seminggu, orang berebut2 beli sedangkan warrant sedang mengecut dari segi harga sebab nak expire. Jika di lihat dari segi conversion tidak menguntungkan tapi ada juga yg tegar membeli. Ada client saya tanya kenapa ada pembeli2 seperti ini? Jawapannya mudah saja, mereka ini tidak ada ilmu dan hanya mengikut crowd (masses).

 

Teknik melabur dalam saham ini ada dua school of thought melalui fundamental analysis dan satu lagi melalui technical analysis. Dalam kes saya, saya lebih tekan pada ilmu fundamental kerana saya percaya jika anda buat home work anda dan kaji fundamental syarikat, walaupun sentimen market jatuh, anda masih mempunyai kusyen atau safety net di mana syarikat anda beli ternyata kukuh dan mampu mengharungi masa2 mencabar.

Video di bawah amat menarik please enjoy

 

Video credit to the economic times