Antara Punca Rugi Dalam Saham

Antara penyebab utama orang banyak rugi dalam saham adalah gagal kawal nafsu membeli dan juga tamak.

Saya ulas dengan lebih lanjut.

Pernah dengar perkataan “contra” dalam saham?

Proses contra ni ialah proses di mana saham yang kita beli belum fully paid tapi just by chance saham kita miliki tuh harga dia naik dan lepas tolak brokerage etc kita dapati ada keuntungan. Jadi kita boleh terus jual dulu dan difference antara harga jual (with cost etc) dan harga beli (with cost etc) ialah milik anda. Term yg orang selalu kata ialah duit dari langit.

Utk pengetahuan, sistem yg digunakan di pasaran bursa malaysia adalah berdasarkan transaction day.

Saya beri contoh

Katakan la en Ahmad beli Saham A pada harga rm1.00 Isnin tanggal 1hb august. Dalam sistem bursa hari payment jatuh pada T+3 bermaksud anda harus membuat full payment pada

T+1= selasa 2 august
T+2= rabu 3 august
T+3= khamis 4 august

Hari khamis adalah hari pembayaran full anda.

Disebabkan ada lapse masa ni, sesetengah orang memang sengaja try aim utk contra. Utk menjual sebelum atau pada tarikh hari khamis.

Tapi ada orang tanya saya bukan ke kita dah letak duit dalam trust kita?

Ya betul, itu adalah praktis remisier sebagai jaminan. Tapi anda perasan tak limit utk anda beli diberi sebanyak 3x?

Sebenarnya investment bank byk product akaun, dan akaun atas paling common. Sebagai remisier yg inginkan client selamat peringkat awal seharusnya hanya offer cash upfront atau prepaid. Kerana selama berada dalam market memang dah tengok ramai tewas ngan nafsu dan tamak.

Berbalik cerita kat atas. Jadi duit masuk tapi mistake nya di mana???

Mistake nya ialah En Ahmad hanya letakkan satu ribu sahaja, tapi dia nampak limit dia boleh beli ialah rm 3K. Jadi dalam kepala dia akan muncul2 suara2 ghaib mengatakan

‘Boleh pergi ni Boleh pergi ni, rugi kalo aku tak maximise leverage yg investment bank bagi”

Jadi dengan selamba en Ahmad utilize semua 3K dan beli 3000 unit. sedangkan dia hanya ada 1K.

Dengan malang sekali bila sampai masa hari Khamis, kebetulan kena plak US baru bomb satu negara, kecoh plak ekonomi dunia, jatuh plak Saham A tuh ke 80 sen.

So apa yg En Ahmad boleh buat??? Jual je la kat 80 sen. Dah duit memang xde nak pick up. Xpasal2 gross lost ialah rm600. Modal asal rm1K dah burn 60% tinggalla rm400.

Dan benda ni jadikan habit burn semua satu hari nanti. Pastu topup lagi burn lagi. Jangan underestimate nafsu dan tamak dalam saham. Semua orang dah merasa.

Apa moral story nak belajar kat sini?

1. Sebagai newbie, bgtau direct ke dealer/remisier saya nak akaun cash upfront sahaja. (boleh convert anytime ke akaun2 lain bila rasa dah berdisplin dan bersedia)

2. Beli sesuatu syarikat bukan follow whatsapp gp tapi berdasarkan ilmu kita belajar dan paling penting kenapa kita nak beli syarikat tuh.

3. Kalo anda hold akaun collaterised, trade within limit modal,kalo datang suara2 ghaib tuh, cepat2 mengucap astraghfirullah.

Pesanan ini dibawa khas oleh

Mr Rookie Saham Gakuen

Salam Jumaat Semua.

Sila lawati dan like fbpage saya dibawah utk updates

FB PAGE Rookie Saham Gakuen (RSG)