Fahami Risiko2 Dalam Saham. Risk Vs Reward

image credit to skillbasedfitness.com

Berdasarkan entry lepas kita dah sentuh tentang CDS dan kita basically dah citer sket apa itu saham. Saya nak kupas balik rumusan secara umum apabila anda beli saham anda membeli sebahagian dari sebuah syarikat dalam bentuk saham @paper asset. Sebagai pemegang saham sesuatu syarikat anda entitle pada dividend syarikat dan anda juga layak untuk attend annual general meeting syarikat untuk mengetahui secara lebih lanjut ke mana arah tuju syarikat serta perancangan masa depannya.

 

Ok hari ni saya nak bincang satu tajuk penting sebelum kita masuk lebih dalam topik saham ni. Saya nak sentuh tentang risk versus reward. Sebelum anda baca lebih lanjut, tanya pada diri anda, adakah anda seorang yang boleh telan kalo alami loss?? memang adat main saham kadang2 kita akan rugi sekali sekala apabila prediction atau analisis kita lari. Banyak faktor boleh menyumbang ke arah ini yang akan dibincangkan pada entry2 hadapan.

 

Jika anda jenis xboleh telan loss langsung maka saya suggest pelaburan saham bukan untuk anda. Ada alternatif lain bagi anda seperti ASB, ASN, Tabung Haji, Epf yang mempunyai kadar return per year yang hampir sama. Boleh kata compounded effect tuh anda boleh rasa pada investment2 saya baru sebut tadi.
Bagi mereka yang rasa boleh telan risiko untuk loss maka terus membaca. Ok main saham memang ada risiko untuk loose duit. Samada sikit, banyak atau kesemuanya bergantung pada pengalaman, dan paling beharga knowledge anda tentang saham. Memang adat pelaburan ada gain ada loss especially yang melibatkan fluctuation investment seperti equity(saham), unit trust, forex etc.
Dah banyak cerita kita dengar tentang orang burn sampai puluh2 ribu atau ratusan ribu atau juta pun ada. Ramai yang loose banyak ni create fear pada orang lain dengan memberi gambaran yang salah tentang pelaburan saham. Di sini saya nak tekan pada anda, main saham ni bukan tengok price je atau duk refer pada graph cari signal, main saham ni satu bidang yang kompleks dan meluas. Banyak faktor dan research perlu di buat sebelum start membeli sesuatu saham. Decision making tuh tak semudah tuh je.

 

Ini antara sebab kenapa orang boleh burn slowly capital
1. Beli saham follow orang lain. Tak tau pape pasal kaunter dia beli. Beli Jual ikut orang je. Orang cut lost dia pun ikut juga. Kerana kerap cut lost modal abes.
2. Beli saham yang xde fundamental langsung and purely based on graph. Bila setiap quarter company announce losses share jatuh gila2, jadi gelabah jual at lost. Proses repeat beberapa kali burn modal
3. Suka sangat main kaunter PN17. Kaunter yang memang sah2 problem dari awal. Mengharap keajaiban white knight utk selamatkan keadaan.
4. Kerap mengejar saham2 yang dah fly, konon2 nak tumpang ombak padahal ombak dah lama pergi. Dia duk follow belakang last2 sekali bila saham tuh reverse, sangkut kat high position dan bila terdesak terpaksa sell at lost.
5. Bila dah beli dan jual dapat untung, tiba2 saham naik lagi, so enter at higher position nak tumpang wave lagi. Ni kes tamak. Anda boleh nasib baik few times tapi not everytime.
6. Menggunakan margin(ini paling bahaya) boleh bankrupt. Duit ada banyak sekian, tapi beli lebih dari mampu(guna leverage yg diberi investment bank).

 

Banyak lagi contoh tapi ni yang famous.

 

 

Harus ingat bila involve investment selalu ada concept Risk Vs Gain/Reward/Loss. The higher the risk the higher the gain tapi jangan lupa juga boleh loss at same time.
Sebab tuh benda yang anda harus belajar ialah mitigate risk. Belajar untuk control risk dalam pelaburan anda. Macam mana nak buat ni? satu cara iaitu dengan menuntut ilmu. Jangan terjun direct, jangan follow orang buta2, belajar asas, cari maklumat, buat paper trade, kaji salah silap dalam paper trade, dengan ilmu Risk anda boleh di mitigate dan anda boleh mendapatkan pulangan yang anda inginkan.

 

Boleh follow kami di page facebook

Rookie Saham Gakuen FB page

 

Apa itu Saham?

image credit to picture quotes.com
image credit to picture quotes.com

Salam

Ramai orang duk citer pelaburan saham, beli saham, jual saham, untung dalam saham, rugi dalam saham, so apa bendanya sebenar saham ni? Saham ni macam beli jual barang ke? Sebelum melabur kita mesti mempunyai ilmu tentang product yang kita laburkan. Ramai orang mengambil langkah untuk menyerahkan wang mereka pada golongan professional untuk melabur bagi pihak mereka dan golongan pelabur ini xnak amik tahu langsung struktur,mekanisma serta risko pelaburan mereka. Hanya mengharap hujung tahun berapa percent? Bila x meet target atau kerugian mula menuduh jari sana sini.

 

Dalam pelaburan kita harus bertanggungjawab atas pelaburan sendiri. Dalam era IT yang berkembang zaman sekarang tiada alasan untuk mengatakan saya tak reti tak faham etc. Youtube is the best thing ever created when come to seeking knowledge.

 

So kat sini saya nak share dengan anda sebenarnya apa itu saham?

 

Bila anda beli saham apa yang anda beli sebenarnya? Bila cerita pasal saham ni sebenarnya pemilikan sebahagian sebuah syarikat yg listed dalam bentuk paper asset. Apabila anda beli saham, anda sebenarnya beli sebahagian pemilikan atau ownership syarikat (dalam bentuk %). Ini termasuk lah bisnes syarikat tersebut.

 

Saya amat suka quotation di atas. Bila anda nak beli saham, benda pertama anda patut fikir adalah jika anda ada banyak duit adakah anda akan beli seluruh syarikat ini. Adakah anda betul2 faham nature business dia? Adakah business dia mempunyai prospek? Apakah phase yang sedang di lalui oleh syarikat ini baru nak start, sedang membangun, atau sudah maju dan stabil? Persoalan2 ini anda perlu jawab terlebih dahulu

 

Ironinya kebanyakan orang yang melabur dalam saham, bukan saja tidak tanya perkara ini tetapi terus terjun sebab ikut orang lain. Apabila mereka alami kerugian mereka menyalahkan nasib malah ada sesetengah yang terus negatif serta jauhkan diri dari saham.

 

Sebagai seorang remisier, saya dah melihat banyak benda2 pelik dalam dunia saham. Contohnya saham yang syarikatnya baru isytiharkan result kewangan terbaru untuk quarter latest mengalami kerugian ratusan juta, namun masih ada yg tegar membeli saham ini. Jelas2 boleh lihat waktu syarikat ini tengah buat keuntungan pun nak cecah 10 juta pun susah, dan alami rugi ratusan juta, tapi orang tetap beli.

 

Ada juga kes, warrant nak expire lagi seminggu, orang berebut2 beli sedangkan warrant sedang mengecut dari segi harga sebab nak expire. Jika di lihat dari segi conversion tidak menguntungkan tapi ada juga yg tegar membeli. Ada client saya tanya kenapa ada pembeli2 seperti ini? Jawapannya mudah saja, mereka ini tidak ada ilmu dan hanya mengikut crowd (masses).

 

Teknik melabur dalam saham ini ada dua school of thought melalui fundamental analysis dan satu lagi melalui technical analysis. Dalam kes saya, saya lebih tekan pada ilmu fundamental kerana saya percaya jika anda buat home work anda dan kaji fundamental syarikat, walaupun sentimen market jatuh, anda masih mempunyai kusyen atau safety net di mana syarikat anda beli ternyata kukuh dan mampu mengharungi masa2 mencabar.

Video di bawah amat menarik please enjoy

 

Video credit to the economic times

Central Depository System (CDS)

 

Sebelum kita start citer pasal saham ni ada benda penting anda kena buat. Antara langkah pertama dalam perjalanan anda dalam dunia saham ialah membuka cds (central depository system) dan sebuah trading akaun dengan mana2 investment2 bank yg ada di Malaysia. Apabila anda dah ada trading account ni anda juga akan mendapat system online free untuk anda trade di mana2 saja. Terdapat juga aplikasi apps zaman sekarang yang memudahkan pelabur untuk melihat saham mereka di handphone mereka.

 

Tujuan bukak cds?

Ia seperti akaun khas anda. Apabila anda membeli saham, saham itu akan diletakkan dalam akaun cds anda.

 

Berapa kos nak buka?

Kos untuk buka cds hanya RM 10.60. Jika ada yang berkata lebih dari itu ia tidak benar. Anda boleh check dengan investment2 bank lain.

 

Cara nak buka CDS?

  1. Sekiranya anda tak kenal sapa2 remisier/dealer anda boleh walk in ke mana2 investment berdekatan anda. Make sure anda buat comparison brokerage. Kadang2 ada investment bank yg charge lebih dari rate industry
  2. Kalau anda kenal seorang remisier ia lagi mudah. Anda hanya perlu kontak orang itu, dan dia akan membantu anda untuk membuka akaun

 

Dokumen yang diperlukan untuk buka CDS

  1. Salinan kad pengenalan depan belakang
  2. Salinan buku bank ataupun bank statement

 

Adakah wajib terus trade bila dah buka akaun?

 

Jawapannya tidak. Anda boleh amik selama masa anda nak untuk belajar dulu. Remisier/Dealer anda tidak boleh paksa anda untuk trade. Jika mereka berbuat demikian ini kerana mereka nak earn commision dari anda. Saya selalu sarankan customer2 saya supaya belajar dulu. Amiklah masa selama mana nak, setahun dua pun tak pe yang penting anda betul2 ready sebelum masuk dalam dunia ini.

Berikut adalah contoh borang2 yang anda akan kena isi. Yang saya include dalam contoh bawah adalah dari kenanga investment bank (tmpt saya kerja)

Kenanga internal form (open trading account)

Internal Form Kenanga
Internal Form Kenanga

3 form CDS opening kaler kuning (CDS application)

CDS application form
CDS application form

 

Update form
Update form

 

eservices form
eservices form

 

Jika anda perlukan bantuan untuk buka cds anda boleh mesej di blog saya. InsyaAllah saya akan reply ke email dan bantu anda.

ataupun contact kami di facebook page kami

Rookie Saham Gakuen FB page

#rookiesahamgakuen

#aezahaniel

Langkah Memulakan Perjalanan Anda Dalam Pelaburan Saham

Salam

Tahun 2016 sudah hampir berakhir dan 2017 sudah mendekati kita. Bagi mereka yang memasang azam untuk mempelajari bidang saham samada untuk pengetahuan atau untuk melabur apakah langkah-langkah yang bakal anda ambil untuk mereleasasikan harapan anda?

Di bawah saya ingin berkongsi beberapa tips untuk anda start journey anda. Jangan risau jika anda tidak mempunyai basic/background dalam finance kerana jika anda betul2 nak tau tentang sesuatu anda akan usaha gigih. Saya dari background engineering and research mampu melakukan jadi anda pun insyaAllah mampu juga. Take baby steps, sikit2 anda pasti akan mahir juga

Ok tanpa berdalih lagi jom kita tengok apa langkah2 anda boleh ambil.

  1. Dapatkan basic info dulu. Yg betul2 basic, anda xyah p yg kompleks2 terminologi dulu. Just dptkan yg betul2 basic. Cane nak wat?
  2. a) Mula dengan membaca section bisnes dalam surat khabar. Jinakkan diri ngan news2 pasal bisnes. Baca je, xpaham xpe, ixigt xpe tapi yg penting teruskan membaca dan rajin belek2 pelbagai source surat khabar.
  3. b) The edge online satu sumber yg bagus utk dapatkan news pasal bisnes2 dan syarikat yang listed di pasaran saham kita.
  4. c) Beli buku basic di kedai2 buku seperti mph, popular etc. Cane anda nak tau buku tuh basic ke tak? Senang je, anda belek2 kalo dia duk sentuh2 benda macam IPO, cane nak bukak akaun, cds, platform saham beli jual. basic la tuh. Kalo dah sentuh sampai financial statement, ratio, intrinsic value, technical analysis itu dah advance.

2 Dapatkan akaun CDS. Cane nak dpt ni. Pergi je mana2 investment bank berdekatan anda. Sampai sana cakap nak bukak CDS. 2 benda anda kena bawa iaitu salinan IC dan bank statement. Bayaran utk buka akaun rm10.60. Satu anda kena ingat xde obligation atau kewajipan untuk letak duit dalam trust. Kalo dia minta macam rm1000 utk kena dalam trust, anda walk away dan pi tempat lain. Kalo p tempat lain pun kena sama. Cari saya. Saya tolong anda bukak.

  1. Ok bila dah bukak CDS anda mohon juga online platform. Bila anda dah boleh log in main2 dan tengok apa benda platform ni boleh buat. Godek2 je dulu. Platform ni free.
  2. Ok lepas anda dah buat semua kat atas start ngan paper trade. Apa benda paper trade ni. Paper trade ni umpama anda beli tapi sebenarnya just permainan virtual yang anda create sniri. Skang dah ada system yang allow paper trade, saya xberapa familiar saya masih melakukan secara manual kerana dah terbiasa ngan cara tuh. Mana2 pun boleh yang penting rajin paper trade untuk dapatkan pengalaman sebanyak mungkin.

Lepas anda dah buat semua kat atas ni baru la anda cari professional help untuk accelerate proses pembelajaran anda. Dengan mempunyai guru yang bertauliah anda akan memahami dan mempercepatkan perjalanan anda.

Saya harap2 tips2 kat atas dapat membantu mereka yang baru nak berjinak ngan pelaburan saham. Walaupun anda tak de fund skang, jangan hampa dan teruskan belajar. Ilmu ini akan berguna untuk anda satu hari nanti.

Di rookie saham gakuen saya juga conduct kelas basic untuk beginner especially yg totally zero. Kelas kami terbahagi pada beginner, intermediate, dan advance.

Bagi yang berminat boleh ikuti page facebook saya

rookie saham gakuen.

Terima kasih

#rookiesahamgakuen

#aezahaniel

#mrrookiesaham

 

Concept Cut Loss & Capital Preservation

Hari ni saya nak cerita sket pasal concept ni dalam main saham. Term cut lost ni selalu orang sebut tp capital preservation jarang. Saya pernah jumpa seorang yg main saham citer pung pang pung pang kat saya pasal konsep cut lost. Dia xtau saya remisier saham, saya pun senyap je dan terus mendengar. Dia duk citer bila main saham kalo drop je kena cut lost cepat, nak main saham hati kena kental macam batu, etc bla bla.. bila saya tanya bukan ke modal makin kurang macam tuh? jawapannya ala nanti kita dah jual kita main saham lain kita untung kita kaver la yg lost tuh…hmmm sedihnya statement ni walaupun ada kebenarannya provided cara betul…Ingat senang ke nak wat untung dalam saham kata2 sy dalam hati.

Sebagai seorang remisier selama almost 5thn dah banyak dah trade orang saya perhati… most kaki2 cut lost ckp je kita kaver2 balik tp sebenarnya mereka in reality burn capital sket2 smpi abis. Cuma kadang2 tuh xpernah abes sebab asyik duk topup. Ada yang jenis lost lost lost pastu untung sket then ada yang nasib baik balik ke square one. Xuntung Xrugi? ada point ke main saham camtu? baik letak tabung haji buat 5-6% xde pk apa2

Capital preservation very important dalam saham. Contohnya anda ada rm1000 dan anda ingin hanya takat potong asb which is 8% so say la anda nak wat 10% rm 100. itu goal anda

Katakan lah anda jenis cut loss everytime dan 1000 anda tinggal rm 500. So anda bukan saja kena kaver 500 pertama sebagai modal tapi still kena make that 100 sebagai profit. Kalo tak asb akan lagi bagus, so from modal 500 nak buat 500 anda kena make 100%. and to make another 100 hmm anda do the math la..

Ingat bahawa ada beza antara unrealized lost dan realized lost…Bagi yang main saham follow FA method mmg biasa la unrealized lost tapi jika fundamental kukuh lama2 turn to unrealized gain. So xdela kejap jual kejap beli lain kejap jual kejap beli lain.

Kdg2 follow FA pun kena cut lost. Contoh Zhulian(main biz in thailand) yang gempak at one point naik dari rm2 sampai RM 5 ngan dividend model yg superb jatuh sampai seringgit lebih sebab pergolakan di Thailand. Tp one thing kena ingat dia bukannya drop ke Seringgit dalam sehari, ia makan masa so anda sempat utk berfikir analisis dan buat keputusan so capital preservation anda akan success dengan hanya suffer minimal loss.

Dengan FA langkah seterusnynya memilih saham yg cirinya kukuh dan seterusnya parking again cth takaful yg gain 70% since last year kerana stock split. Dengan gain yg bagus sume losses anda di Zhulian covered. Semua orang happy.

Maka saya ingin tekan pada mereka di luar sana, please jaga your capital. Capital preservation is important and most importantly main saham jgn follow orang, follow your own self you should be in charge not others.

Mr Rookie Saham

Solo Trip Japan 2015 Misi Sakura Hunting
Solo Trip Japan’15’ Sakura Hunting Di Aizu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Bagi pengikut lama Aezahaniel.com pasti tertanya mana pergi blog Rookie Saham? Untuk pengetahuan saudara/saudari blog saya secara tidak tersengaja tertutup sebab hosting down dan saya agak busy dengan perniagaan tidak sedar sehingga salah seorang kawan menegur saya.

Jadi saya akan mula menulis kembali isi2 kandungan dalam Aezahaniel. Kandungan mungkin berbeza dengan yang dahulu sebab saya tak ingat semua yang saya tulis, almaklum time tuh memang adhoc je..rasa nak tulis something terus tulis je..back up pun xde hahaha

Ok bagi yang tidak mengenali saya, saya perkenalkan diri dulu. Nama Saya Aziim Ezra Zahaniel aka Mr. Rookie Saham. Saya pertama kali didedahkan pada dunia saham pada umur 17 tahun lepas SPM oleh emak saya yang merupakan seorang Licensed Dealer Representative (remisier) di salah sebuah securities tempatan. Ketika itu saya kurang minat sangat sebenarnya sebab xde duit haha…walaupun mak paksa tengok screen saya tengok gitu2 je. Lepas tuh sy dapat accepted masuk university islam antarabangsa buat engineering (biotech) dan lulus(huhu grad gak haha)

my graduation
My graduation
Geng2 zmn muda mudi di UIA
Geng2 zmn muda mudi di UIA

Lepas menganggur 5 bulan haha santai di rumah, rezeki pertama saya turun dan saya dapat bekerja sebagai research executive dalam bidang plantation di syarikat gergasi Sime Darby pada 2008.

Zaman Sime Sebagai Researcher
Zaman Sime Sebagai Researcher

Setelah mula bekerja di Sime Darby, duit dah ada!!! gaji!!! hehe…saya mula start tanam minat belajar pasal saham. Jadi saya cuba invest sikit. Tapi time tuh tak banyak sebab tak reti apa2 juga. Lepas 3 tahun lebih bekerja di Sime, saya decide untuk berhenti dan menganggur kejap, sambil2 tuh saya pk nak buat apa? keje syarikat plantation lain atau try new things. Last sekali saya end up dalam dunia finance and specialize dalam equity (saham)Perjalanan tidak mudah kerana saya takde background finance, langkah pertama saya amik which is cari ilmu, so saya belasah amik course Chartered Financial Analyst (CFA) haha pergi kelas habuk pening tak tau pape….orang duk citer current account la, share capital la, balance sheet la, equity la, fixed income la derivative la blah blah blah….saya apa tau, FFB (fresh fruit bunch) , OER (oil extraction rate) CPO(crude palm oi)  saya tau la sebab kerja research ladang sawit haha….Walaupun asyik sedih pergi kelas dan tak faham, saya teruskan sampai la masuk satu topik iaitu equity (shares)…pergh besarnya dunia equity ni, saya ingat takat buy sell je…sejak itu saya focus tuh je la….haha memang fail la exam CFA tuh hahaha….tapi saya tak kisah sebab dalam semak2 masa duk gigih pergi kelas saya jumpa satu topik yang saya betul2 suka.Jadi saya decided untuk focus pada situ. Disebabkan saya tak kerja, dan yuran2 nak masuk kursus mahal, saya terpk2 apa la cara yang saya boleh belajar lagi tapi free…last2 saya jumpa sifu terbaik. Mr YOUTUBE. Dalam sambil2 belajar dengan Cikgu Youtube saya juga tengah prepare untuk amik exam Licensed Dealer Representative. Disebabkan saya xnak bayar kelas (nak jimat duit maklumla menganggur setiap satu sen counts) saya beli buku je di SIDC dan self study….6 bulan gak nak hadam dua module tuh….Alhamdullilah saya lulus exam tuh dan saya diterima bekerja sebagai licensed dealer representative(Remisier) di syarikat Kenanga Investment Bank.Starting sebagai remisier tidak mudah kerana xde gaji (commision based) tapi freedom tuh yang saya nak since saya not obligated to 8-5 job anymore. Bebas nak p mana2 janji ada laptop dan internet. Client pun xde sangat so kena cari slow. Yang paling susah sekali ialah cetek ilmu sebab baru nak start. Pendekkan cerita Alhamdullilah dah hampir masuk 5 tahun sebagai remisier.Jadi blog saya create ni bertujuan nak educate orang ramai tentang saham. Saya berkongsikan pengalaman saya, apa yang saya dah lihat, (utk yg nak cari tips2 hot sorry ni bukan tempat anda). Saya nak berkongsi fundamental di belakang saham. Bila anda faham fundamental anda akan lebih secure dalam investment anda.Disebabkan saya dah lalui liku2 kesusahan xde ilmu dan duit limited saya faham most perasaan orang yang berminat nak belajar pasal saham tapi risau nak bayar riban2 utk ke kelas…Alhamdullilah tahun ni lepas raya saya akan launch Seminar Rookie Saham Gakuen di mana saya personally akan turun sebagai speaker untuk mengajar anda melalui beberapa sesi2 module yang telah saya cipta bagi memudahkan proses pembelajaran dari zero saham.Saya mempunyai facebook page  Rookie Saham Gakuen (mohon like) . Dalam page itu anda boleh dapatkan info2 tentang seminar Rookie Saham Gakuen. Bayaran untuk seminar saya insya Allah berpatutan…anda boleh follow kami di fb page Rookie Saham Gakuen untuk tau lebih lanjutSekian Dulu Dari SayaMr. Rookie SahamIMG_20160614_161555