Fahami Struktur Bisnes Yg Nak Dilabur

Bila anda beli saham ni, actually anda buying a business or part of a company so sebenarnya apa yang perlu anda buat untuk lebih memahami idea konsep melabur dalam saham?

1. Daripada anda bz study harga kat papan bursa tuh lebih baik anda study syarikat yang anda nak beli

2. Study business model yang anda boleh faham asas dia, dan hadam struktur proses business tersebut.

3. Sebaiknya kaji business yang anda sendiri dalam bidang tuh di mana anda tau sapa competitor, sapa kat top skang, apa beza company top tuh ngan company anda nak invest

4. Bila anda dalam bidang tuh anda tentu kenal orang2 famous dalam bidang tuh betul tak? bila anda dah ada platform saham anda actually boleh tengok sapa teraju sesuatu syarikat, kalo nama dia
famous dan anda kenal, anda boleh wat penilaian lebih baik

5. Bila bidang anda, tentu anda tahu risiko2 dan juga apa mitigation factor yg perlu diambil utk reduce risk

6. Kenali potensi bisnes syarikat tersebut. Kalo boleh jgn satu mainstream la especially company kecik dan competititon banyak. Carik syarikat yg diversified income dia. Industry satu kantoi ada income lain support.

Ni sedikit sebanyak anda boleh buat dalam memahami proses investment saham. But anda kena go more advance iaitu belajar membaca financial statement, buat ratios dan valuation
Benda2 kat atas ni sekadar qualititative measures. Anda xboleh lari dari quantitative measures
But its a good start to build your investment skill dalam saham

semoga tips ini membantu anda

Bole ikuti perkembangan maklumat dan tips di fbpage saya

Rookie Saham Gakuen

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *