Nasihat Bina Modal Utk Saham

pic kredit to www.kompasiana.com

 

Modal adalah salah satu topik yg selalu dibincangkan dalam kelas saham saya. Saya akui dunia saham perlukan modal.

 

Tapi sebelum anda pk pasal modal saya lebih tekan sesuatu terdahulu. Anda kena ingat rezeki Allah beri pada setiap manusia adalah berbeza2 dalam berbentuk berbeza2 jadi kita xleh samakan modal setiap orang.

 

Cuma ada satu benda yg mampu kita kawal. Hanya kita tau kemampuan kita takat mana jadi jika kita dah tau sebulan banyak ni je kita mampu

 

maka 2 benda saya selalu cerita kat student saya bagi mereka yang tak de modal banyak sangat. Modal boleh di cari dan di bina. Kena meet 2 requirement kt bawah.

 

1.Displin menyimpan apa yg mampu
2.konsisten

 

saya ada ramai Client dan saya boleh tgk mana Client saya yg dah berkembang dan mana masih di point A belum maju2.

 

client A 7thn lalu

mampu simpan 50-100 je sebulan
katakan la rm50x12=RM 600 setahun
modal skang 600×7=RM 4200

 

client B 7thn lalu
mampu gak simpan rm50-100 tapi jenis byk ckp atau saya panggil sembang kencang. byk beri alasan dan menyalahkan keadaan. Asek duk cerita awak lain modal besar saya duit xbyk

Dah 7 thn bila tanya berapa dah kumpul
Ada sket2.sket2 tuh berapa? xjwb2 soalan saya. saya rasa xde save lgsg pun.

Modal sekarang lps 7 thn= sembang makin kencang

 

So actually kalo anda displin dan konsisten memang anda boleh kumpul modal slowly. Nak senangkan cara saya suggest pergi wat standing instruction kat bank. Tolak bulan2 siap2.

 

Pesanan saya satu je, masa x tunggu sapa2. Kalo anda jenis berdalih2 dan byk alasan jangan surprise dalam hidup ni kalo orang yg start sama line ngan anda masa kuar dari Uni dah ada kat point M skang walhal anda masih kontang kanting di A.

 

Ni hanya sekadar nasihat. Nak terima boleh xnk pun boleh sebab sy xrugi apa2.

 

SELAMAT MELABUR

MR ROOKIE SAHAM

AE ZAHANIEL

Kepentingan HOLDING POWER

Salam Followers RSG

 

Sorry lama tak menulis, saya busy kebelakangan ini dengan urusan business. Semalam saya baru habis satu kelas saham sesi beginner. Dalam kelas tuh saya ada diskas satu topik penting iaitu holding power. Dan saya menggunakan satu kes untuk menunjukkan kepada student saya betapa pentingnya anda untuk mempunyai holding power

 

Kelas Saham Beginner RSG sesi 11 February 2017

 

Sebelum saya sentuh lebih dalam saya nak cerita dulu apa benda holding power ni?

 

Ok holding power ni sebenarnya kemampuan anda untuk memegang saham anda tanpa terdesak untuk menjual apabila keadaan tidak favourable untuk anda. Contohnya saham anda hold tengah jatuh. Bergantung kepada jenis dana anda, anda akan make decision yang berbeza.

 

Saya selalu tekan dalam kelas saya dana yang digunakan dalam saham adalah dana2 khas memang untuk saham dan bukan dana emergency atau dana dari savings anda. Apabila anda receive gaji anda, kena la break down apa yang anda ingin belanjakan. Beza kan antara necessity dan wants.

 

ok saya akan bagi dua real scenario pada anda

 

Scenario 1 Client A 

Modal rm 10,000  Jenis Dana : Khas buat saham, tidak ada time frame

 

Scenario 2 Client B

Modal 10,000 Jenis Dana: Dana emergency/kahwin/nak guna masa terdekat (short term 2 bulan)

 

 

Anda lihat graph di bawah, ini kedua2 client enter harga sama timing sama. Bezanya hanya jenis fund yg digunakan.

 

 

Graph movement Axiata

 

Saham: Axiata

 

Kronologi

 

17-8-16   close RM 5.90

Lepas tuh continous drop

15.46% drop dalam dua bulan period

 

14-10-16  close RM 5.11  Both client A & B first entry purchase

 

Bagi memudahkan kira2 (hanya kiraan kasar tanpa charge2 brokerage etc)

1000 saham 1000×5.11= Rm 5110

Baki Dana RM 10,000-5110 = Rm 4890

Harga saham terus drop. Penjualan oleh institusi dan orang ramai

 

29-11-16  close rm 4.32 Both client A & B buat averaging

 

1100 saham 1100x 4.32 = RM 4752

Baki Dana RM 4890-4752 = RM 138 baki

Modal yang telah di belanja

RM 5110 + RM 4752 = RM 9862

bahagi dengan jumlah saham. Anda dah beli 2100 saham maka anda dapat harga average saham anda iaitu

RM 9852 bahagi dengan jumlah 2100 unit anda dah beli

RM 4.6962 se saham

Kedua 2 client entry harga sama, averaging harga sama. Yg berbeza hanya dana yg digunakan

Client B hanya boleh pegang paling lama 2 bulan

 

13/12/2016 Harga close RM 4.50 

 

Client B kena jual dah sebab tempoh fund tamat dan kena amik balik sebab nak pakai duit.

Adakah client B untung atau loss????

(Harga Jual – Harga Beli ) / Harga beli * 100

(RM 4.50 – RM 4.6962) / RM 4.6962 * 100=  – 4.1778%

@ loss rm 412.02

 

Dalam 2 bulan loss  4.1178% kalo macam ni baik duk ASB ke Tabung Haji ke dapat la gak portion dividend walaupun sket.

 

Mari kita lihat client A

Client A tidak mempunyai tempoh dananya kerana dana yg digunakan telah diasingkan dari awal dan memang khas untuk saham. Client A mempunyai holding power.

Hari saya tulis entry ni ialah 12/2 hari Ahad, kita amik data hari Jumaat 10/2

 

10/2/2017 Harga close ialah 5.01

Adakalh client A profit atau rugi?

 

Jom kira sama2

 

(Harga Jual – Harga Beli ) / Harga beli * 100

(RM 5.01 – RM 4.6962) / RM 4.6962 * 100= 6.682%

@ profit rm 658.98

Xsampai 4 bulan return dah 6.682%

 

So do you see betapa pentingnya HOLDING POWER

So please create holding power bagi diri anda.

 

Kalo modal xdpt banyak kumpul dulu. Tidak ada istilah terlambat untuk invest. Ada 900 saham dekat Bursa 672 shariah. Terlepas satu maka cari lah yang lain

Paling penting modal anda harus ada HOLDING POWER

Harap perkongsian in bermanfaat buat anda.

 

Sekian Dari Mr Rookie Saham

A E Zahaniel