Apa itu paper trade?

 

Salam Rookies

Apa tuh paper trade?

 
Basically paper trade ni utk train diri kita or prepare diri kita untuk do transactions in stocks sebelum kita actually invest dalam saham. Its a safe way and at the same time you can get experience and analyse mistakes that you’ve done. Ada orang kata paper trade and actual trade is not the same sebab paper trade xinvolve emotion whereas real trade involve real emotion sebab real money involve. Some argue no point paper trade ni.

 

 

I agree with the emotion part, but i disagree with latter. Xde effort yg go wasted, setiap paper trade kita buat build confidence and at the same time help us recognize trends especially kalo you jenis traders.

 

 

My famous quote la ” Lebih baik buat something dari xwat pape n sembang kosong”

 

I highly recommend this to rookies,newbies do your paper trades. Xyah pk system2 complex nak kena excell, buku nota pun dah sufficient. Yang penting stop giving excuses and start doing.

 

Saya share one paper trade saya buat sejak launch paper trade group for my RSG students last week

 

Set a goal for your 2017 paper trade. Set modal and goal must always exceed ASB by end of your paper trade in 2018. Kalo you yang jenis long term player then set the paper trade to at least 3 years and investors stock does not move that fast. Take the average later.

Purchasing

 

Selling

 

Return shown are net returns(untung bersih)

 

Selamat Ber paper trade rookies.

Bagi mereka yang perlukan nasihat, boleh pergi ke fb page saya

rookie saham gakuen

pm saya dan saya tlg anda get started.

Free of Charge.

Bagaimana Nak Cari Maklumat Tentang Syarikat Anda Minat Di Pasaran Bursa??

Salam

 

Selamat Kembali ke blog rookie saham gakuen the blog for rookies. Ok kita last stop pada making your own monitoring list based on syarikat2 yang anda telah pilih berdasarkan apa yang anda suka untuk study or syarikat tuh dalam field anda tengah kerja skang

 

Ok langkah seterusnya lepas kita dah buat monitoring list kita, next step kita kena start kaji company2 yang dalam list kita tuh. So macam mana nak buat?

 

So entry hari ni just nak ajar anda macam mana nak extract info tuh. Saya akan bincang apa yang perlu di lihat dalam entry hadapan.

 

So anda follow je langkah2 ni untuk extract info pasal company yang anda dah pilih. Semua maklumat2 penting anda nak pasal company ada dalam annual report. Kalo boleh try baca at least 5 tahun annual report sebab kita nak tau sejarah company tuh. Kalo sanggup korek lagi lama lagi bagus.

 

Ok jom

 

Step 1 pergi website bawah

 

Bursa Malaysia

Step 2 follow step dalam gambar

 

image credit to official website bursamalaysia

 

Step 3 sila follow gambar bawah pilih category dan company pastu submit

 

image credit to official website bursamalaysia

 

Step 4 lepas anda click contoh annual report cam gambar atas tuh. Akan kuar page bawah ni so download semua file yang ada.

 

image credit to official website bursamalaysia

 

Final Step

 

Lepas donwload apa lagi hehe buka la haha…open with pdf file selalunya

 

image credit annual report 2016 by hua yang

 

Ok so for now anda download dulu semua annual report untuk syarikat2 dalam list anda.. Baca2 dulu nanti next entry saya akan highlight apa benda penting kena tengok.

 

Selamat mencuba

 

Rookie Ajar Rookie Barulah Menjadi!!!

 

Sekian

Mr Rookie Saham

A E Zahaniel

 

Kelas Saham Beginner Level RSG Johor Bahru di buka sekarang sesi February 2017

Salam buat warga Johor Bahru

 

Rookie Saham Gakuen dengan sukacita ingin maklumkan bahawa kami akan berada di Johor Bahru pada 4 February 2017 bagi berkongsi ilmu dengan saudara/saudari sekalian tentang ilmu saham.
Kami di RSG berdedikasi untuk mendidik generasi2 muda terutama golongan bumiputera dalam kepentingan untuk melabur buat masa hadapan.

 

Maklumat2 tentang kelas ada di bawah.

 

Kelas adalah PERCUMA maka rebutla peluang ini

 

InsyaAllah kami akan berikan yang terbaik buat anda.

 

untuk join kelas boleh mesej kami di sini ataupun ke facebook page kami dan tulis comment di sana atau pm saya direct facebook

Rookie Saham Gakuen FB page

Pemilihan Remisier Anda Juga satu Faktor Penting

Salam

Kenapa saya raise topic ni tiba2? Jangan salah faham, saya memang seorang remisier dan saya bukannya nak suruh anda datang bukak akaun ngan saya. Cuma saya nak berkongsi sket pengalaman saya dan cerita2 saya dengar dan nampak sendiri berlaku pada saudara mara, kawan2, client, cthnya kena overcharge for brokerage.. Berikut ialah tips untuk anda apabila nak decide nak choose nk open which broker and dptkan your personal remisier

 

Tips 1

Ok usually bila anda nak bukak akaun cds mostly saya tengok orang akan pergi ke branch paling dekat ngan umah dia. Option ini betul sebab senang nak lakukan apa2 urusan. Tapi adakah anda kenal personally dealer/remisier yg akan attend anda? kalau random juga maka saya nasihatkan pergi beberapa buah investment bank dahulu dan compare. Kemudian decide

 

Tips 2

Pertanyaan soalan. Make sure anda dah ada set of questions yang anda nak tanya. Siapkan2 soalan2 kat rumah lagi. Dan apabila you visit beberapa investment bank, tanya balik soalan yang sama. Utk mereka yang tak tau nak tanya apa, ni sy bg anda benda2 anda kena tanya

  1. Because anda walk in without reference, so dia akan assign anda pada seseorang samada seorang dealer atau remisier. So anda tanya lebih dahulu, kalo saya open kat sini boleh saya tahu saya akan dapat dealer atau remisier? Then bole tak saya nak jumpa orang yg akan in charge pada saya
  2. Kalo remisier if he/she around memang akan jumpa anda immediately. Kalo bank kata orang tuh sibuk hahaha sah2 dia dealer(most probably) sebab dia kena ada kat station dia utk handle institutional client. If remisier tuh dia kata out then anda xyah proceed further and kata saya akan datang balik hari remisier tuh ada. Jangan look desperate nak open account
  3. Dah jumpa remisier of course tanya how long dah dia dalam market?
  4. Kalo internet brokerage berapa % and minimum brokerage berapa?
  5. Ada facility utk trade smart phone?
  6. Apa product type account yang ada di sini?
  7. Buat macam ada knowledge, kat sini ada tak facility macam good till date di mana saya boleh que buy and sell 30 days. Kalo ada lebih better
  8. Ada tak research internal yg saya boleh dptkan jika saya open acc kat sin
  9. And yg ni penting sgt sgt anda tanya saya orang baru, saya just nk open account je so xnk trade pape lg, tapi saya nak belajar dulu by doing lots of paper trade boleh tak?kalo saya ada problem or tak faham something boleh tak saya call En/Tuan/Puan? anda study riak muka dia, kalo dia macam ubah sket jadi macam hilang interest, haha dia nak your money je. Cari betul2 orang yg nk tolong anda. Saya always believe we remisiers should grow with our clients dan bukannya kejar duit semata2. clients trust adalah long term relationship built after years together  and not immediately.

 

Kadang2 biasa la semua kata yes itu ini….anda nak try betul2 open je account cost dia hanya rm 10.60 then anda buat la paper trade. Mana2 tak faham minta tunjuk ajar remisier anda. Kalo anda tengok dia macam xnk layan…senang je saya suggest pindah broker.

 

Satu nasihat saya, kebanyakan orang kejar sangat brokerage murah2 tapi xpentingkan sapa yang you get as remisier. Real remisiers will be useful to you in terms of advice and experience. Sometimes its better brokerage mahal sket tapi anda get a real and good remisiers.that wants to grow with you for long term.

Good luck

 

Hope perkongsian ini dapat membantu anda 🙂

A E Zahaniel

Mr Rookie Saham

lawati page facebook kami and like

Rookie Saham Gakuen FB page

Kelas Rookie Saham Gakuen(RSG) Beginner’s level 21 Jan 2017 Success!!!!

Alhamdullilah kelas rsg semalam memang awesome. Participant yang datang dari pelbagai background, ada kawan sekerja dulu, ada satu universiti dan juga strangers yg kenal online. Wlupun mula2 xkenal tapi lepas RSG dah rasa macam kenal lama dengan semua.

Kelas beginner’s level memang ajar basic2 dan facts yang perlu seseorang tahu sebelum masuk dalam bidang saham. Student juga di ajar macam mana nak paper trade untuk gain experience dalam melakukan transaction. Sesi Q&A di jalankan serentak masa kelas dan mampu di lakukan kerana RSG memang conduct kelas di mana student tidak ramai dan kita memang ingin focus pada student sebanyak mungkin.

InsyaAllah akan ada sesi ke 3 bulan February nanti. Buat masa sekarang memang saya tetap akan remain percuma. Semoga semua mengambil peluang dan manfaat dari sesi sharing ini.

 

RSG Beginner sesi 2 21st Jan 2017

Di bawah saya share short clips antara discussion dan sharing with students

Testimonials by our RSG student session 2 21st January 2017

Student 1

Student 2

Student 3

Student 4

Please visit our facebook page. To follow us please press “LIKE”

Rookie Saham Gakuen FB page

 

 

Kesilapan Paling Besar Rookie2 Buat Bila Baru Main Saham

Dalam saham kita ada pelbagai jenis product akaun trading di mana masing2 ada pro and cons. Sebagai seorang remisier kita harus mengenali client kita @ know your customer @KYC dan suggest apa yang terbaik buat mereka. Jika mereka seorang yang berpengelaman dan sudah lama dalam market, kita boleh open pelbagai option. Tapi jika mereka beginner kita harus tegas dan usaha untuk protect mereka dari membakar modal mereka. Kerana tanpa client siapa la kita.

 

Kesilapan paling besar seorang noobie boleh buat dalam saham ialah menggunakan leverage yang di beri oleh investment bank. Paling teruk lagi jika yang menggunakan margin facility. Kenapa saya cakap macam ni? Betul kedua2 di atas adalah satu benda yang baik dan boleh diguna pakai tetapi not for newbies kerana newbies masih mentah, xde pengalaman and paling penting fail control emosi bila main market. Dah ramai noobie yang saya tengok terbakar modal mereka sepanjang career saya sebagai remisier

Mungkin anda masih blur ngan apa yang saya citer ni. Ok saya letakkan scenario di bawah

Katakan lah anda ada hanya rm1000

 

Tahukah anda bank boleh beri leverage kpd anda utk membeli sampai 3 kali ganda. iaitu rm3000.?

Mula2 anda sebagai noob akan takut, so memang anda tak utilize leverage tuh dan beli rm 1000 je tapi bila anda profit sket dan dua tiga kali profit, benda pertama yang pop di kepala anda ialah

 

WHAT IF I HAD BOUGHT MORE THAN 1000 AND USING BANK LEVERAGE?

AFTER ALL I HAVE 3 DAYS LATER TO PAY….I CAN USE THIS TIME TO MAKE CONTRA.

 

sah la benda ni akan bermain kat kepala anda. Ramai dah noobies saya tgk sebab ada this mindset start bakar modal satu2 lepas tuh blame market la blame ekonomi la walhal cara derang tak betul. You see, bukan hari2 kita leh wat contra@ sell before payment date jadi ada kes where kita kena pick up(Bayar dulu).

 

Bayangkan kalo kita ada duit rm1000, tapi beli 3000 worth (2000 banks money) and sampai payment date and saham tuh either tak gerak naik or turun gila2 confirm anda gelabah and as normal la what i see which is CUT LOST! even if anda hesitate2 nk jual sebab lost byk sgt bank ada authority utk jual gak jika anda tak bayar. No compromise. Dia akan bedal je harga buyer masa tuh tak kira la rendah.Term ni kita panggil FORCE SELLING

 

Noobie akan CUT LOST after one and another until all capital burn. Yg worst ialah apabila mereka yang keep pumping money sampai tak sedar savings kat bank dah abes sebab asyik topup. And ramai tak sedar kalo lost tuh too huge and contra lost anda tak mampu bayar, Bank akan go file for bankruptcy pada anda. This is not main2 nya citer. Your life would be ruin if this happen.

 

So nasihat saya pada newbies@beginners ialah 1st pilih saham yang baik@company yang ok, and beli saham within your means. Kalo ada duit rm1000 beli rm1000 sahaja. Bila sampai masa payment bayar dulu. Tunggu saham anda reach profit baru jual. Itu cara yang sebenar dan bukan aim nak main contra setiap hari.

 

Dalam kes saya, demi nak protect client saya, saya hanya allow prepaid account utk beginners. Prepaid does not allow you buy more than what you deposit. Bunyi macam not fair but i’m doing this for your own good. Sapa yang tak bersetuju boleh go to other remisiers yang willing bagi leverage.

 

Saya punya style ialah saya educate client and let clients grow with experience and good habit of investment. Lepas saya dah tengok client ok and discipline saya akan open pelbagai option utk mereka menggunakan all leverages available by the bank.

 

Satu je anda harus tahu, Whether you win or loose in the market, the remisier always win cause even if you rugi kat market we still got our brokerage commision.

 

Saya harap  entry kali ini dapat membantu newbies kat luar untuk membuat decision yg lebih bijak.

Sekian

Mr Rookie Saham

Ae Zahaniel

 

Class Saham RSG beginners level 14 Jan 17 Success!

Alhamdullilah semalam saya dah conduct first class RSG untuk sesi January 2017. Saya amat berbangga dengan peserta2 yang hadir dari jauh semata2 untuk hadir ke kelas RSG. Ada yang datang dari Penang, Melaka, dan even Kelantan. Syukur Alhamdullilah ramai yang masih berminat dan dahagakan ilmu sehingga sanggup travel. Juga istimewa buat kali ini RSG didatangi even dari abroad iaitu seorang student dari jepun yang sedang menuntut di Universiti swasta di sini.

Topic on Paper Trade

Sneak peek on IPO

Di bawah testimoni peserta2 yang hadir semalam

Student 1

Student 2

Student 3

International Student from Japan

 

 

Di tambah dengan bonus bagi sesi terakhir RSG telah menjemput tetamu khas untuk memberi dan menyunting semangat kepada peserta2. Tetamu khas tersebut memberi sedikit lecture bertajuk

“The mind set of a millionaire” .

Tetamu khas ini adalah bukti seorang jutawan yang dilahirkan melalui pelaburan saham di mana beliau telah bergiat hampir 40 tahun. RSG amat berbangga dapat menjemput beliau sebagai speaker.

 

 

Please follow us at Face book page. “Rookie Saham Gakuen”

Personalized Monitoring List

Salam Semua

Dalam entry sebelum ni kita dah diskas macam mana nak kenal syarikat2 dalam bursa Malaysia and next step anda kena buat monitoring list anda yg personalized to you. So kita recap balik kelas lepas

  1. Senaraikan semua favourite brand anda
  2. Lepas tuh anda boleh refer ngan remisier, dealer, kawan2, or group support utk check ada ke tak brand tuh
  3. Boleh juga dapatkan list daripada membaca news2 dalam the edge
  4. Lepas dah collect ni kena create and add dalam monitoring list anda di system

So how does it look like?

Sila tengok kat bawah

 

image credit to kentrade system

Ok this is macam mana personalized list look like. Ini hanya contoh ye haha..system yang di gunakan di atas ialah kentrade. So lain system maybe lain rupa.

 

Kenapa saya suruh buat personal monitoring list?

 

Jawapannya mudah sahaja. You have to know your stocks by heart!!!

 

Idea mengkaji graph time malam pastu besok rempit, is not the way. Xde fundamental plak tuh. Mana ada orang sempat run analysis dalam satu malam. So my advice is create your personal list and digest it. Tengok list ni sekerap mungkin sampai anda xyah bukak chart dah. Anda dah kenal dan sebati dengan list ni.

 

Don’t worry trust me list anda akan berubah2 sebab anda akan jumpa macam2 lagi faktor yang menyebabkan anda akan tukar2 saham sampai anda jumpa your ideal yang you nak hold for long term investment.

 

Ok saya ada kelas actually nak di ajar lepas ni. So i need to prepare. Nanti saya bgtau next langkah dalam next entry

 

Ganbatte Rookies

 

Rookie Saham Gakuen

AE Zahaniel

 

Macam Mana Nak Tau Apa Syarikat2 yang ada Dalam Bursa??

Salam kembali ke blog RSG

Ok, kita dah sentuh bab CDS, Platform Saham, dan juga Risk dan Reward, anda dah basically ada tools utk start journey anda. Utk beginners saya tau macam mana perasaannya sebab saya pun start as a beginner masa memulakan journey saya few years back. So apa yang telah saya buat sebagai beginner?

 

First sekali ialah saya senaraikan semua company2 famous dalam Malaysia. Sebab saya pernah kerja sime darby so saya start kat situ, saya try tulis je semua brand2 famous F&n Nestle Airasia Ioi sunway dan sebagainya. Saya tak tau samada derang listed ke tak. Tapi saya list down je dulu. Lepas dah list down apa yang saya tahu, saya akan check ngan remisier2 lama time tuh. Anda pun boleh wat benda yang sama. Sebab tuh penting anda kenal remisier anda dan ada relationship yang baik. Kalau yang walk in ni dpt dealer so maybe susah sket sebab derang busy handle institutional account so memang saya rekemen kalo boleh anda open la account ngan personalized remisier.

 

Lepas saya check mana yang public listed, saya masukkan dalam monitor list. Dalam sistem platform saham yang diberi, anda boleh create monitor list dan letak2 saham faveret anda kat situ untuk monitoring.

 

Next step ialah camne nak tau nama2 company2 lain yang tak famous lak?

 

Yang ni anda kena banyak membaca especially business section surat khabar. Apa yang saya buat ialah saya membeli surat khabar the ege time tuh. Saya baca je semua company, mana yang tarik perhatian saya, saya akan masukkan gak dalam monitor list. Sekarang lagi mudah

 

Anda masuk website ni

the edge market online

 

Rajin membaca dulu, skang ni anda peringkat phase anda tak tau apa2 so kena start usaha untuk get maklumat2…memang x faham macam2 tapi jangan give up baca je. Lama2 biasa membaca. Nak mencari saham idaman bukan mudah. Perjalanan ini memakan masa bertahun buat saya yang full time so anda kena buat extra effort jika anda nak berjaya especially yg buat ni part time. Jangan tunggu utk di spoon fed. Xde effort tapi soalan banyak expecting di jawab semua. Usaha dulu kalo tak faham baru tanya. Itu proses pembelajaran paling berkesan.

 

Jika anda buat langkah ini, insyaAllah anda akan start kenal nama2 syarikat yang listed dalam bursa serta on surface apa bisnes mereka. Ada lebih 1000 kaunter dalam bursa Malaysia. Tak yah nak tau semua cukuplah sekadar anda dapat create satu portfolio yang balance di mana saham2 anda monitor datang dari pelabagai bidang dan industri.

 

p/s Saya share satu tip, as starter,try cari syarikat yang anda kerja bidang tuh. Lagi senang anda faham kalo ada news2 pasal syarikat tuh, dalam kes saya ialah sime darby, ioicorp,kuala lumpur kepong, sarawak oil palm,, mostly plantation counter sebab saya memahami business oil palm. Lepas saya dah usha semua ni baru saya start ceburi field2 lain.

 

For next entry saya akan bincangkan Mana nak dapat detail maklumat syarikat yang anda telah select dan pick dalam portfolio monitor anda.

 

Selamat mencuba

Stay strong and Good Luck pengikut blog RSG

Mr Rookie Saham

A E Zahaniel