Concept Cut Loss & Capital Preservation

Hari ni saya nak cerita sket pasal concept ni dalam main saham. Term cut lost ni selalu orang sebut tp capital preservation jarang. Saya pernah jumpa seorang yg main saham citer pung pang pung pang kat saya pasal konsep cut lost. Dia xtau saya remisier saham, saya pun senyap je dan terus mendengar. Dia duk citer bila main saham kalo drop je kena cut lost cepat, nak main saham hati kena kental macam batu, etc bla bla.. bila saya tanya bukan ke modal makin kurang macam tuh? jawapannya ala nanti kita dah jual kita main saham lain kita untung kita kaver la yg lost tuh…hmmm sedihnya statement ni walaupun ada kebenarannya provided cara betul…Ingat senang ke nak wat untung dalam saham kata2 sy dalam hati.

Sebagai seorang remisier selama almost 5thn dah banyak dah trade orang saya perhati… most kaki2 cut lost ckp je kita kaver2 balik tp sebenarnya mereka in reality burn capital sket2 smpi abis. Cuma kadang2 tuh xpernah abes sebab asyik duk topup. Ada yang jenis lost lost lost pastu untung sket then ada yang nasib baik balik ke square one. Xuntung Xrugi? ada point ke main saham camtu? baik letak tabung haji buat 5-6% xde pk apa2

Capital preservation very important dalam saham. Contohnya anda ada rm1000 dan anda ingin hanya takat potong asb which is 8% so say la anda nak wat 10% rm 100. itu goal anda

Katakan lah anda jenis cut loss everytime dan 1000 anda tinggal rm 500. So anda bukan saja kena kaver 500 pertama sebagai modal tapi still kena make that 100 sebagai profit. Kalo tak asb akan lagi bagus, so from modal 500 nak buat 500 anda kena make 100%. and to make another 100 hmm anda do the math la..

Ingat bahawa ada beza antara unrealized lost dan realized lost…Bagi yang main saham follow FA method mmg biasa la unrealized lost tapi jika fundamental kukuh lama2 turn to unrealized gain. So xdela kejap jual kejap beli lain kejap jual kejap beli lain.

Kdg2 follow FA pun kena cut lost. Contoh Zhulian(main biz in thailand) yang gempak at one point naik dari rm2 sampai RM 5 ngan dividend model yg superb jatuh sampai seringgit lebih sebab pergolakan di Thailand. Tp one thing kena ingat dia bukannya drop ke Seringgit dalam sehari, ia makan masa so anda sempat utk berfikir analisis dan buat keputusan so capital preservation anda akan success dengan hanya suffer minimal loss.

Dengan FA langkah seterusnynya memilih saham yg cirinya kukuh dan seterusnya parking again cth takaful yg gain 70% since last year kerana stock split. Dengan gain yg bagus sume losses anda di Zhulian covered. Semua orang happy.

Maka saya ingin tekan pada mereka di luar sana, please jaga your capital. Capital preservation is important and most importantly main saham jgn follow orang, follow your own self you should be in charge not others.

Mr Rookie Saham

Solo Trip Japan 2015 Misi Sakura Hunting
Solo Trip Japan’15’ Sakura Hunting Di Aizu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Bagi pengikut lama Aezahaniel.com pasti tertanya mana pergi blog Rookie Saham? Untuk pengetahuan saudara/saudari blog saya secara tidak tersengaja tertutup sebab hosting down dan saya agak busy dengan perniagaan tidak sedar sehingga salah seorang kawan menegur saya.

Jadi saya akan mula menulis kembali isi2 kandungan dalam Aezahaniel. Kandungan mungkin berbeza dengan yang dahulu sebab saya tak ingat semua yang saya tulis, almaklum time tuh memang adhoc je..rasa nak tulis something terus tulis je..back up pun xde hahaha

Ok bagi yang tidak mengenali saya, saya perkenalkan diri dulu. Nama Saya Aziim Ezra Zahaniel aka Mr. Rookie Saham. Saya pertama kali didedahkan pada dunia saham pada umur 17 tahun lepas SPM oleh emak saya yang merupakan seorang Licensed Dealer Representative (remisier) di salah sebuah securities tempatan. Ketika itu saya kurang minat sangat sebenarnya sebab xde duit haha…walaupun mak paksa tengok screen saya tengok gitu2 je. Lepas tuh sy dapat accepted masuk university islam antarabangsa buat engineering (biotech) dan lulus(huhu grad gak haha)

my graduation
My graduation
Geng2 zmn muda mudi di UIA
Geng2 zmn muda mudi di UIA

Lepas menganggur 5 bulan haha santai di rumah, rezeki pertama saya turun dan saya dapat bekerja sebagai research executive dalam bidang plantation di syarikat gergasi Sime Darby pada 2008.

Zaman Sime Sebagai Researcher
Zaman Sime Sebagai Researcher

Setelah mula bekerja di Sime Darby, duit dah ada!!! gaji!!! hehe…saya mula start tanam minat belajar pasal saham. Jadi saya cuba invest sikit. Tapi time tuh tak banyak sebab tak reti apa2 juga. Lepas 3 tahun lebih bekerja di Sime, saya decide untuk berhenti dan menganggur kejap, sambil2 tuh saya pk nak buat apa? keje syarikat plantation lain atau try new things. Last sekali saya end up dalam dunia finance and specialize dalam equity (saham)Perjalanan tidak mudah kerana saya takde background finance, langkah pertama saya amik which is cari ilmu, so saya belasah amik course Chartered Financial Analyst (CFA) haha pergi kelas habuk pening tak tau pape….orang duk citer current account la, share capital la, balance sheet la, equity la, fixed income la derivative la blah blah blah….saya apa tau, FFB (fresh fruit bunch) , OER (oil extraction rate) CPO(crude palm oi)  saya tau la sebab kerja research ladang sawit haha….Walaupun asyik sedih pergi kelas dan tak faham, saya teruskan sampai la masuk satu topik iaitu equity (shares)…pergh besarnya dunia equity ni, saya ingat takat buy sell je…sejak itu saya focus tuh je la….haha memang fail la exam CFA tuh hahaha….tapi saya tak kisah sebab dalam semak2 masa duk gigih pergi kelas saya jumpa satu topik yang saya betul2 suka.Jadi saya decided untuk focus pada situ. Disebabkan saya tak kerja, dan yuran2 nak masuk kursus mahal, saya terpk2 apa la cara yang saya boleh belajar lagi tapi free…last2 saya jumpa sifu terbaik. Mr YOUTUBE. Dalam sambil2 belajar dengan Cikgu Youtube saya juga tengah prepare untuk amik exam Licensed Dealer Representative. Disebabkan saya xnak bayar kelas (nak jimat duit maklumla menganggur setiap satu sen counts) saya beli buku je di SIDC dan self study….6 bulan gak nak hadam dua module tuh….Alhamdullilah saya lulus exam tuh dan saya diterima bekerja sebagai licensed dealer representative(Remisier) di syarikat Kenanga Investment Bank.Starting sebagai remisier tidak mudah kerana xde gaji (commision based) tapi freedom tuh yang saya nak since saya not obligated to 8-5 job anymore. Bebas nak p mana2 janji ada laptop dan internet. Client pun xde sangat so kena cari slow. Yang paling susah sekali ialah cetek ilmu sebab baru nak start. Pendekkan cerita Alhamdullilah dah hampir masuk 5 tahun sebagai remisier.Jadi blog saya create ni bertujuan nak educate orang ramai tentang saham. Saya berkongsikan pengalaman saya, apa yang saya dah lihat, (utk yg nak cari tips2 hot sorry ni bukan tempat anda). Saya nak berkongsi fundamental di belakang saham. Bila anda faham fundamental anda akan lebih secure dalam investment anda.Disebabkan saya dah lalui liku2 kesusahan xde ilmu dan duit limited saya faham most perasaan orang yang berminat nak belajar pasal saham tapi risau nak bayar riban2 utk ke kelas…Alhamdullilah tahun ni lepas raya saya akan launch Seminar Rookie Saham Gakuen di mana saya personally akan turun sebagai speaker untuk mengajar anda melalui beberapa sesi2 module yang telah saya cipta bagi memudahkan proses pembelajaran dari zero saham.Saya mempunyai facebook page  Rookie Saham Gakuen (mohon like) . Dalam page itu anda boleh dapatkan info2 tentang seminar Rookie Saham Gakuen. Bayaran untuk seminar saya insya Allah berpatutan…anda boleh follow kami di fb page Rookie Saham Gakuen untuk tau lebih lanjutSekian Dulu Dari SayaMr. Rookie SahamIMG_20160614_161555